KONVENSYEN USAHAWAN ONLINE 2016
30 September - 2 Oktober 2016 (PWTC)


Berita

Share Here

Tingkat daya saing usahawan bumiputera

27 September 2015
Sumber: Utusan

Enterwip bantu peniaga dalam talian

PERNIAGAAN online adalah salah satu jalan penyele­saian terhadap isu-isu untuk mendapatkan premis atau ruang perniagaan kerana keba­nyakan usahawan secara dalam talian ini tidak memerlukannya untuk memulakan perniagaan mereka.

Dalam erti kata lain, peniaga-peniaga online boleh sahaja memulakan perniagaan mereka serta-merta dan menjadi sebahagian daripada komuniti peniaga maya tanpa melibatkan per­belanjaan yang besar serta hampir bebas risiko.

Sehubungan itu, bagi memastikan penglibatan peniaga bumiputera dalam bidang perniagaan online lebih teratur dan mendapat pendedahan daripada golong­an yang mahir, adalah penting bagi peniaga untuk diberi pengetahuan sewajarnya agar mereka mendapat input-input yang diperlukan untuk berkembang maju dalam bidang tersebut.

Atas tanggungjawab itu, Kementerian Wilayah Persekutuan bersama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta GiatMara Wilayah Persekutuan dan Selangor akan menganjurkan Konvensyen Usahawan Internet 2016 (Enterwip 2.0).

Program yang bertujuan membantu meningkatkan daya saing usahawan bumiputera dalam bidang perniagaan online itu diadakan selama empat hari bermula Khamis ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Dalam program tersebut, go­­lo­ngan peniaga yang terlibat akan di­beri pendedahan terhadap pe­­luang-peluang dan pengemba­ngan rangkaian perniagaan me­reka selain diberi penerangan ber­hubung peluang pinjaman.

“Antara perkara yang kita tekankan pada program ini adalah bagaimana untuk mempelbagaikan segmen perniagaan yang boleh diceburi oleh kaum bumiputera.

“Kita akan memperkenalkan dan memberi peluang kepada usahawan baharu bumiputera mengenai perniagaan online, seterusnya menggalakkan lebih ramai bumiputera untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan ini.

“Perniagaan online adalah satu perniagaan yang mudah, tanpa sempadan, tiada had waktu, tidak memerlukan mo­dal yang banyak dan tiada risiko yang mana sangat sesuai untuk kaum bumiputera,” kata Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Nor’ Aini Abdul Wahab ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau memberitahu, seba­nyak 1,000 usahawan internet ­bumiputera yang berjaya di­sasarkan dapat dilahirkan daripada program berkenaan.

Katanya, berdasarkan unjuran dan maklum balas daripada program tahun lepas, dianggarkan jumlah yang terlibat adalah sebanyak 10,000 peserta bagi program tersebut.

Menurutnya, seramai 43 orang usahawan berjaya dalam bidang perniagaan online akan menjadi penceramah dan juga mentor dalam bidang masing-masing.

Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM), jelasnya, akan diberi tanggungjawab untuk me­ngendalikan pengisian program tersebut iaitu dari segi jemputan penceramah, kandungan cera­mah, pembangunan laman web bagi tujuan promosi dan pendaftaran dalam talian, penye­diaan logo, reka bentuk bunting, tempahan gerai pameran serta penajaan.

“Sebanyak 12 segmen program telah dirancang kali ini berban­ding hanya tiga sahaja pada tahun lepas. Program ini melibatkan 43 penceramah dan fasilitator.

“Program akan bermula pada pukul 10 pagi hingga 9 malam setiap hari mulai 1 dan 2 Oktober manakala pameran akan bermula pada 30 September,” jelas beliau.

Tambahnya, antara segmen tersebut adalah sesi ce­ra­mah oleh 19 pakar yang akan ber­kongsi tips, kejayaan dan motivasi kepada peserta, sementara selebihnya adalah pence­ramah agensi kerajaan yang akan me­nyampaikan mesej kerajaan dan juga mendidik masyarakat tentang kaedah perniagaan yang mengikut lunas undang-undang.

Kelas breakout pula jelas­nya, akan memberikan gambaran kepada peserta secara lebih terperinci bagaimana untuk memulakan perniagaan dan menjana pendapatan melalui niche ma­sing-masing manakala sesi forum akan membincangkan secara bebas tentang isu-isu terkini bisnes online dan juga memberi peluang kepada peserta bertanyakan soalan-soalan berkaitan.

“Selain itu, program ini turut melibatkan Clinic4U yang adalah sesi bersemuka. Peserta akan diberikan masa selama 15 minit untuk berjumpa dengan 12 pakar usahawan online dan bertanyakan soalan atau untuk mendapatkan nasihat. Sasaran ialah seramai 150 peserta akan diberi khidmat nasihat.

“Kita juga menganjurkan sesi dropship market yang adalah pameran yang unik kerana hanya pempamer yang adalah pemilik produk sahaja akan dibenarkan berada di kawasan ini kerana me­­reka akan bertindak sebagai pembekal kepada mana-mana pengunjung melalui penjualan kaedah dropshop,’’ katanya.

Menurutnya, pemilik produk dan pengunjung akan berbincang mengenai harga dan dikehendaki untuk menurunkan tanda tangan pada dokumen perjanjian yang akan disediakan.

“Langkah menandatangani do­kumen ini menunjukkan pemilik produk bersetuju menjadi pembekal produk kepada pe­ngunjung pada harga serta ka­edah yang dipersetujui. Sebanyak 1,000 perjanjian disasarkan akan berjaya ditandatangani melalui sesi ini,” katanya.

Video


 

Inisiatif Oleh:

Digerakkan Oleh:

 
 
 

Dengan Kerjasama: